![]() |
| Sila berniat untuk malam kedua :) |
Assalamualaikum and Hi.
So amacam puasa first day? Okay semua muka excited kan? Alhamdullilah I dapat lagi puasa tahun ni , Allah bagi lagi peluang dekat kita untuk bertemu lagi Ramadhan kali ini. Thank You Allah ! . So puasa tahun ni I harap dapat penuh I malaeh nak puasa ganti , hehe. So seperti yang di ketahui hari ni first day puasa kan kan? Siapa puasa ? Angkat kaki anda. Okay aku rasa macam penat sikit tahun ni sebab aku duduk blok depan so semua dekat belakang such as Toilet , Surau semua dekat belakang So I ken die berjalan membawa badan yang macam teddy bear ni ke blok belakang untuk ke toilet I rasa. So hari ini aku nak share pasal Kelebihan setiap hari berpuasa di bulan puasa. I just tekan ctrl + C and I paste dekat sini.
Bulan Ramadan adalah bulan yang diturunkan seribu rahmat oleh Allah S.W.T. kepada manusia untuk memperbanyakkan amal soleh. Selain dari kewajipan berpuasa di siang hari , Rasulullah S.A.W. juga menganjurkan supaya kita dapat mengerjakan solat tarawih sepanjang malam bulan Ramadan. Tarawih juga membawa maksud ' bersenang-senang atau duduk istirehat '. Jadi solat tarawih itu dilakukan secara bersenang-senang di setiap malam bulan Ramadan.
Sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W. di dalam sabdanya yangbermaksud:
Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : ' Barangsiapayang mengerjakan ibadat dan beriman dan perhitungan di bulan Ramadandiampuni Allah dosanya yang telah lalu '.
Riwayat Bukhari dan Muslim. Di dalam sabdanya yang lain maksudnya:
'Bahawasanya Allah telah mewajibkan puasa Ramadan, dan aku telah mensunahkan berdiri pada malamnya (solat tarawih), kerana mengharapkan akan Allah oleh seseorang iaitu dengan berpuasa pada siang hari dan solat (solat tarawih) pada malamnya, nescaya keluarlah (selamatlah) dia dari dosa seperti diadilahirkan oleh ibunya' .
Bagi sesiapa yang mengerjakan solat tarawih di sepanjang malam bulan Ramadan akan dijanjikan pahala yang amat besar oleh Allah. Saidina Ali bin Abi Talib Radiallah Anhu pernah bertanya kepada Rasulullah S.A.W., kemudian baginda menjawab 'orang-orang mukmin yang melakukan solat tarawih pada bulan Ramadan akan mendapat kelebihan seperti berikut:
Malam pertamaDosanya keluar seperti ia baru dilahirkan oleh ibu.
Malam keduaDosanya diampuni, begitu juga dosa kedua ibu bapanya jika keduanya itu orang mukmin.
Malam ketigaDipanggil oleh malaikat dari bawah Arasy dengan seruan 'mulailah kamu beramal sebab Allah telah mengampuni dosamu yang telah lalu '.
Malam keempatPahalanya sama seperti orang yang membaca Kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.
Malam kelimaPahala seperti orang yang solat di Masjid al Haram di Mekah, Masjid an Nabawi di Madinah dan Masjid al Aqsa di Palestin.
Malam keenamSeperti pahala orang yang tawaf di Baitullah, batu-batu serta pasir turut sama memohonkan ampun baginya.
Malam ketujuhSeperti orang yang hidup pada zaman Nabi Musa dan membantunya hingga dapatmengalahkan Fir'aun dan Haman.
Malam kelapanDiberi oleh Allah segala apa yang pernah diberikan kepada Nabi Ibrahim.
Malam kesembilanSeperti pahala beribadat kepada Allah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W
Malam kesepuluhDikurniakan oleh Allah kebaikan di dunia dan akhirat.
Malam kesebelasBersih dari segala dosa seperti baru dilahirkan dari kandungan ibu.
Malam kedua belasMuka bercahaya di hari Kiamat.
Malam ketiga belasDatang di hari Kiamat dengan keadaan aman dari segi kejahatan.
Malam keempat belasDisaksikan oleh malaikat jika telah melaksanakan solat tarawih maka pada hari kiamat ia akan dibebaskan oleh Allah dari segala mudarat.
Malam kelima belasDiminta ampun oleh para malaikat yang memikul Arasy dan kerusi.
Malam keenam belasDibebaskan dari api neraka dan dapat masuk syurga.
Malam ketujuh belasDiberi pahala seperti pahala para nabi.
Malam kelapan belasDiseru oleh para malaikat bahawa Allah telah redha kepadamu dan kepada orang tuamu.
Malam kesembilan belasDiangkat darjatnya ke dalam syurga firdaus.
Malam kedua puluhDiberi pahala para syuhada dan solihin.
Malam dua puluh satuDibina rumahnya dari nur di dalam syurga.
Malam ke dua puluh duaDi hari Kiamat ia akan datang dengan aman dari segala kesusahan dan dugaan.
Malam kedua puluh tigaDibangunkan sebuah kota untuknya di syurga.
Malam kedua puluh empatPahala seperti dua puluh empat permohonan dikabulkan.
Malam kedua puluh limaDihapuskan dari seksa kubur.
Malam kedua puluh enamPahalanya diangkat selama empat puluh tahun.
Malam kedua puluh tujuhDapat melintasi sirat dengan laju bagaikan kilat menyambar.
Malam kedua puluh lapanAllah mengangkat dengan seribu darjat.
Malam kedua puluh sembilanSeperti pahala seribu haji yang mabrur.
Malam ketiga puluhDipersilakan oleh Allah makan buah-buahan syurga dan mandi dengan air salsabil serta minum dari telaga Kausar.
Semoga kita semua dapat puasa penuh and Jangan nak buat lupa Terawih XD !
Love ,
SyuhadaRazi






